SENIOR LECTURER
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
Località del lavoro
Kuala Perlis, Perlis
Dettagli del lavoro
Description
RINGKASAN TUGAS:
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/menyediakan kurikulum/silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
JUSTIFIKASI KEPERLUAN BAGI EKSPATRIAT:
KUIPs telah beroperasi selama 10 tahun, pengembangan program-program pengajian menfokuskan kepada bidang-bidang tujahan memerlukan kepada tenaga pengajar berkelayakan bagi mencapai indikator pencapaian Perancangan Strategik KUIPs 2022-2025 dengan justifikasi-justifikasi berikut:
i) Untuk meningkat “multiracial” dalam kalangan tenaga akademik yang dilantik bagi memenuhi keperluan naik taraf universiti penuh sekurang-kurangnya 5% dari keseluruhan tenaga pengajar sedia ada.
ii) Meningkatkan bilangan tenaga pakar (expert talent) mengikut keperluan disiplin di setiap fakulti dalam usaha memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam kemahiran dan penguasaan Bahasa Arab bagi memenuhi bidang-bidang pengkhususan melibatkan kelayakan akademik yang setaraf dalam program-program yang ditawarkan oleh IPTS khususnya bidang Pengajian Islam, Al-Quran dan Sunnah, Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.
iii) Sebagai usaha mengekalkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang memerlukan kepada individu berkelayakan dan berpengalaman dalam pembangunan program-program baharu mengikut keperluan industri, pemantauan kualiti PdP dari semasa ke semasa serta proses penilaian secara berkala program ditawarkan oleh fakulti untuk memastikan agar pematuhan akreditasi ke atas program-program yang ditawarkan selaras dengan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Company
PROFIL KORPORAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dinaungi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail telah menubuhkan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang mana penubuhannya telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta.
Penubuhan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Muamalat & Kewangan Islam, Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Perniagaan & Sains Pengurusan. Selain program akademik, KUIPs turut menawarkan kursus-kursus jangka pendek. Menjelang tahun 2020, KUIPs telah merencanakan pembangunan jangka panjang untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Lestari yang menekankan konsep “Sustainable Education” dan “University Community Responsibility” yang menyokong kepada pembangunan “Universiti Lestari”. Melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, ia akan mengintegrasikan kelestarian dalam semua aktiviti-aktiviti utama Kolej Universiti seperti tadbir urus, pendidikan, penyelidikan, operasi dan hubungan dengan komuniti luar.
MISI-Institusi Pendidikan Yang Mengintegrasikan Dan Menyebar Luaskan Ilmu Dan Kefahaman
Berteraskan Al Quran Dan As-Sunnah Ke Arah Melahirkan Insan Bermodal Intelektual Yang Menyumbang Kepada Melahirkan Peradaban Ummah.
VISI-Unggul Sebagai Institusi Pendidikan Yang Berdaya Saing Di Peringkat Global